Sebagaimana yang sedia maklum. Semua murid sudah mengetahui murid-murid yang berjaya mencatat buku nilam terbanyak akan mendapat anugerah dan ganjaran. Nilai ganjaran akan dinilai dan beberapa jenis pengiktirafan akan diberikan berdasarkan kadar catatan seseorang. Jadi ayuh kita letih senarai pengiktirafan dan jumlah catatan.
Sebelum itu, anda harus tahu, pengiktirafan terbahagi kepada dua, iaitu TAHAP JAUHARI dan TAHAP RAKAN PEMBACA.
TAHAP JAUHARI
Tahap Jauhari menggalakkan murid menambah bilangan bacaan mereka dan ia dijalankan pada dua peringkat persekolahan :
a. Sekolah Rendah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
Jumlah Buku
| Pengiktirafan |
90 - 179
| Gangsa |
180 - 269
| Perak |
270 - 359
| Emas |
360 ke atas
| NILAM |
b. Sekolah Menengah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku apabila mereka mula belajar di Tingkatan Satu atau Peralihan. Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:
Jumlah Buku | Pengiktirafan |
72 - 143
| Gangsa |
144 - 215
| Perak |
216 - 287
| Emas |
288 ke atas
| NILAM |
TAHAP RAKAN PEMBACA
Tahap RAKAN PEMBACA (RP) mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
Pengiraan markah bagi aktiviti ini diberikan mengikut jumlah aktiviti atau sesi aktiviti (dan bukan jumlah bilangan pendengar, kecuali aktiviti meminjamkan buku) yang dijalankan mengikut kesesuaian umur murid seperti :
- Bercerita (1 sesi = 5 markah)
- Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
- Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
- Meminjamkan buku (1buku x 5 peminjam = 5 markah)
• Murid pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP :
Jumlah markah aktiviti
|
Pengiktirafan
|
100 – 199
| Gangsa |
200– 299
| Perak |
300 – 399
| Emas |
400 ke atas | NILAM |
Jom sama-sama kita kumpul markah nilam !